Konvensyen Khadijah 2015 (KK 2015)

LATAR BELAKANG

Pada masa kini, kos sara diri yang meningkat serta kadar inflasi yang tinggi telah mendorong ramai rakyat Malaysia untuk melakukan kerja tambahan seperti menjalankan perniagaan sambilan. Kebanyakan peniaga sambilan ini adalah dari golongan wanita samada yang bekerja sepenuh masa di pejabat ataupun ibu-ibu muda yang menjaga anak sendiri di rumah dan pada masa yang sama ingin membantu meringankan bebanan keluarga

Idea ‘Konvensyen Khadijah 2015‘ dilahirkan untuk memenuhi keperluan tarbiyyah atau pendidikan golongan usahawan wanita zaman moden ini. Kami percaya bahawa terdapat ramai wanita yang mempunyai potensi yang besar, tetapi kerana kekurangan sokongan dan sumber-sumber, mereka mungkin tidak dapat mengembangkan perniagaan mereka kepada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu konvensyen ini disusunatur dengan objektif untuk memberi manfaat sepenuhnya kepada semua wanita yang berminat dengan bidang runcit dan borong, servis, dan pelaburan.

logo_khadijah2
MISI

Melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berinspirasikan “Saidatina Khadijah” yang menegakkan nilai-nilai Islam di dalam urusniaga mereka seharian.


SOLUSI

Kami ingin melatih usahawan muslimah yang berkebolehan, bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan mereka, tetapi juga menjadi salah satu “qudwah hasanah“kepada seluruh masyarakat Malaysia , sama seperti bagaimana Saidatina Khadijah r.a isteri kepada Nabi Muhammad SAW

OBJEKTIF UTAMA KONVENSYEN KHADIJAH 2015
  1. Untuk mendedahkan usahawan muslimah kepada nilai-nilai dan konsep-konsep dalam sistem ekonomi Islam.
  2. Untuk mengumpulkan usahawan muslimah dan menjadi pemangkin rangkaian antara mereka.
  3. Untuk menyediakan sesi perkongsian rahsia kejayaan antara ahli-ahli perniagaan yang sudah berjaya di Malaysia.
TEMA PERBINCANGAN KONVENSYEN KHADIJAH 2015
  1. Jom jadi Khadijah (Antara wanita & ekonomi)
  2. Forum usahawan muslimah pada masa kini
  3. Perniagaan patuh syariah
  4. Sesi Plenari (Rahsia kejayaan)

Siapa yang patut hadir

  • Usahawan wanita
  • Ibu muda
  • Pekerja wanita sepenuh masa
  • Lelaki yang berminat untuk membantu dan menyokong pasangan berniaga
PERINCIAN KONVENSYEN KHADIJAH 2015

TARIKH : 10 NOVEMBER 2015

MASA : 8 pagi – 5 petang

TEMPAT : SACC (Shah Alam Convention Centre )

YURAN KONVENSYEN
Yuran Early Bird
(100 penyertaan terawal)
Normal
IndividuRM 199RM 250
PasanganRM 350RM 450
Kumpulan > 510% diskaun10% diskaun
Walk InRM 300


YURAN NURSERY

***tertakluk kepada perubahan***

Waktu : 9 pagi – 5 ptg

Harga

Bayi (3 bulan – 2 tahun)RM 45
Kanak-kanak (3 – 6 tahun)RM 35
Walk InTidak dibenarkan
PERHATIAN!
  1. Buku Program & makanan (minum pagi & makan tengahari) disediakan.
  2. Sebarang penggantian peserta hendaklah dimaklumkan segera sebelum 1 November 2015.
  3. Sebarang penarikan diri tidak akan menerima wang kembali sebagai ganti rugi kos pengurusan.